Program Bantuan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) MITRA Untuk Masyarakat India B40

2022 / 2023

FASA 2


Jumlah setakat: Jul 2024

SYARAT PERMOHONAN

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia berbangsa India Kategori B40;
  • Mempunyai pendapatan bulanan isi rumah bagi kategori B40 yang tidak melebihi RM4,850.00 sebulan;
  • Berumur di antara 18 tahun sehingga 69 tahun; dan
  • Sijil pendaftaran OKU/ Kad OKU di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) (jika berkaitan).

DOKUMEN BERKAITAN

  • Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon (wajib);
  • Gambar berukuran passport (wajib);
  • Dokumen sokongan B40 (Sebarang dokumen pengesahan penerima bantuan kategori B40 daripada Kerajaan. Contohnya; Penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)/ Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023) / MySalam / e-Kasih/ JKM. Surat Pengesahan Pendapatan daripada Ketua Kampung / Ketua Penduduk / Pesuruhjaya Sumpah juga boleh dipertimbangkan) (wajib);
  • Gambar premis perniagaan (wajib);
  • Salinan sijil pendaftaran perniagaan (SSM) (jika berkaitan); dan
  • Sijil pendaftaran OKU/ kad OKU di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) (jika berkaitan).

Semakan Status Permohonan Bantuan

  • 1) Sila masukkan No. Kad Pengenalan dan klik butang "SEMAK".
  • 2) Senarai hanya akan memaparkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima.
  • 3) Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Kuala Lumpur dan Selangor (KLSICCI) (organisasi yang telah dilantik secara rasmi oleh MITRA) di talian 017-917 1033 atau 017-959 1033 untuk sebarang pertanyaan.
SEMAK STATUS PERMOHONAN

Klik pautan diatas